Saturday, March 12, 2016

Tuhan itu Ada, Untuk Kamu.



“Aku tak kuat.”

“Habis bila kau nak kuat?”

“Mungkin bila aku dah mati.”

“Kau ni. Negatif sangat la.”

Ketawa.

“Tengok tu. Gelak pulak. Aku tepuk dahi tu karang baru kau tahu.”

“Entah la. Aku tak rasa aku mampu untuk teruskan. Life, it’s hard.”

“Betul la. Hidup memang susah pun. Tapi kau ingat mati tu senang? Ingat boleh terus mati peacefully macam tu je? Even Nabi s.a.w sendiri pun bila kena cabut nyawa dengan Izrail, rasa sakit sangat-sangat. Inikan pula kita ni.”

“Aku cakap je. Kau ni serius pulak.”

“Cakap dengan kau ni memang kena serius pun. Bukan aku tak tahu kau punya tendency tu macam mana. Impulsive sangat.”

Diam.

“Kau ambil tak ubat kau.”

“Ambil. Tapi lately macam takde effect pun.”

“Ubat tu cuma usaha kita je. Yang menyembuhkan tu Allah. Yang menenangkan tu Allah. Doktor tu perantara je. Apa-apa pun kembali semula pada Allah. Solat kau jaga tak?”

“Aku solat je.”

"Solat awal waktu tak?"

"Err...tak. kadang terbabas jugak."

“Solat kena jaga. Itu first line defence kita. First line communication kita dengan Allah. Kau pun aku tengok sekarang ni dah macam chipsmore. Sekejap ada, sekejap takde kat surau tu. Biasa kau okay je. Siap azan subuh lagi.”

"Entah la. Aku pun tak tahu. Aku rasa kosong. Ada something yang menyesak kat dada aku."

"Nabi masa sedih Allah pujuk dengan mikrajkan baginda dan bawa baginda berjumpa dengan Allah directly. Solat tu pula cara kita untuk berhubung directly dengan Allah dan diangkatkan pula rintihan-rintihan kita. Kalau hubungan kita dengan Allah yang satu ni kita tak jaga. Memang la akan rasa kosong je hati tu. Senang nak mood swing tak tentu hala."

"Err...baiklah." Tunduk bawah sambil kuis tanah dengan hujung kasut.

“Aku tahu sekarang ni kau tengah runsing soal hati kan? Soal kau dengan dia. Aku tak salahkan kau, soal hati memang payah nak kawal. Tapi urusan hati ni, serahkanlah pada Allah. Allah yang pegang hati-hati manusia. Dia jugalah yang berhak untuk membolak-balikkannya. Banyakkan berdoa pada Allah. InsyaAllah Allah permudahkan semuanya. Sekarang ni kau usaha dahulu ikut apa yang kau mampu. Simpan duit. Cari duit. Belajar betul-betul. Biar dapat graduate. Dan dalam penantian ini, perbaiki lagi diri kau. Allah akan bagi tepat pada masanya. Bila kau memang dah ready. Dengan dia ataupun dengan orang lain. Allah lebih tahu.”

Mata dah terasa basah. Tak mampu nak jawab. Ya Muqallibul qulub tsabit qalbi 'ala diinik. Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku bersama agama-Mu.

“Dan kalau Allah berkehendak tiada apa pun yang mustahil. Mana tahu nanti kisah cinta kau macam kisah Nabi Musa a.s. dengan puteri Nabi Syuaib dalam surah al-Qasas, ‘Sesungguhnya ayahku mengundangmu…’” Khalis senyum lebar. Ikhlas.

Qayyum ikut turut tersenyum. Dan perlahan dia bersuara, “Amin.”

Monday, January 11, 2016

Kerna Ternyata Tuhan Telah Memilih Kamu.



Sebab Allah yang pilih aku dan pilihan Allah tak pernah salah.

Teringat dahulu Kak Aimi senior Fakultas Kedokteran di UNPAD pernah tulis dalam blognya something along this line, “Tanggungjawab yang kita ada sekarang ni sebab Allah yang nak kita pegang tanggungjawab ni. Mungkin ada yang pilih nak jadi doktor sebab kawan atau parent suruh tapi kawan atau parent itu hanyalah perantara, medium yang Allah gunakan untuk nak letak kita atas jalan ni.”

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.” (2: 286)

Boleh jadi apa yang ada pada kita sekarang ini adalah apa yang Allah nak pada kita. Boleh jadi apa yang tiada pada kita adalah apa yang memang Allah tak nak ada pada kita. Even bila kita rasa, “Why me?”, “This is not what I want.”, “Do I really need to do this?”, “This is not for me.”, “This is hard, I can’t do this.” Just know that Allah knows best. He always does.

Dan di perbatasan waktu yang ada. Aku berdoa dan berharap pada Tuhan semoga engkau adalah untuk aku dan aku adalah untuk engkau. May Allah ease. Fi hifzillah.

So even if it’s hard. Even if it hurts. Believe that Allah knows best. He always does. And He choose you. For every pain and teardrops that you shed, may each one of your sins are also being erase. Keep going!

“And, when you can’t go back, you have to worry only about the best way of moving forward.” - Paulo Coelho

“Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila diberi nikmat lalu disyukurinya maka jadilah nikmat itu kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka dia bersabar lalu jadilah pula musibah itu sebagai kebaikan baginya” (HR Muslim)

You are beautiful enough to be happy. Smile.

Tuesday, January 5, 2016

#Chenta - Inche Gabbana (Book Review)



⅘ on GoodReads

Personally aku lagi suka Ikhwah Pakai Jeans, maybe sebab dah terbiasa dengan Inche Gabbana yang sebegitu dan tendency aku yang kurang nak membaca short stories.

I’m not really a fan of short stories. You cannot judge the book as a whole. But then again when you read. You just read. Not judging.

“And don’t worry about the bits you can’t understand. Sit back and allow the words to wash around you, like music.” - Roald Dahl, Matilda

The way I prefer to watch one series of drama in one night rather than a one to two hours movie.

Tapi this book is very inspiring nonetheless. As expected from Inche Gabbana. Ada cerita-cerita yang kau boleh relate yang kau rasa macam kena penampar dekat diri sendiri je. Dan buat kau semangat nak pergi mencari-cari mak cik Hidayah. Eh.

Tapi tetap akan ada stories yang kau rasa. Erm… erm… Hahaha. Well… overall this is a nice read especially untuk orang yang perlukan tarbiah dalam bentuk santai. Story telling. Kadang cerita-cerita itulah yang lebih dekat dengan diri kita.

Definitely something that I would consider as a gift. A gift that I would give you.

Dan aku sangat cemburu dengan Inche Gabbana yang boleh menulis dan menyebarkan dakwah dalam masa yang sama. Rasa kerdil je.

Saturday, January 2, 2016

Kerana dia aku berubah tapi kerana DIA aku bertahan.



“Aku suka tengok kau dah berubah sekarang ni. Selalu pergi masjid. Aku boleh rasa aura kau tu dah lain.” Khalis senyum ada makna.

“Err… aura apakah?”

“Aura bahagia.” Ketawa.

“Err… anda okay kah?” Qayyum buat muka. Dia ni apa kejadahnya.

“Aku tahu kau berubah ni sebab dia. Tapi aku tak nak, andai bila dia tolak kau atau dia dah ada someone else, kau terus jatuh balik dalam gelap. Dah tak nak konsisten dengan ibadah semua ni.” Khalis bersungguh-sungguh nak sampaikan apa yang ada dalam hati. Takut terasa. Tapi demi kawan. Dia kena cakap jugak benda ni.

“Uish. Ekstrem.” Giliran Qayyum pula untuk ketawa kali ini.

“Kau ni dah kenapa? Aku cakap elok-elok ni.” Datar je suara Khalis. Sedikit jengkel.

Senyum. “Aku tahu. Thanks for the concern. Memang aku berubah sebab dia pun. Aku join program itu ini pun dengan harapan nak dapat jumpa dia.” Blush. “Gilakan. Chronic tak aku?” Ketawa. “Dan aku bersyukur untuk itu. Dan aku akan gembira andai aku boleh jadi asbab untuk tarik dia masuk syurga. Tapi aku sedar, kalau aku berubah sebab manusia, benda ni semua takkan kekal. Sebab tu aku tengah usaha untuk betulkan balik niat aku. Kerana dia aku berubah tapi biarlah kerana Dia aku bertahan.

Kau tahu kisah Muhajir Ummu Qais?”

Angguk. “Yang jadi sababul wudud, latar belakang untuk hadis arbain yang nombor satu kan. Tentang niat.”

“Yup. Tentang niat. Kita memperoleh sesuatu sesuai dengan niat kita. Andai niat kita kerana Allah, maka Allah lah yang kita dapat. Tapi andai niat kita kerana wanita, maka kita mungkin mendapatkan wanita itu tapi di mana pula letaknya redha Allah di situ. Macam sahabat Nabi yang ikut berhijrah ke Madinah untuk mengahwini Ummu Qais sehingga digelar Muhajir Ummu Qais.

Tapi bagi aku tak salah pun andai setiap perubahan yang kita buat mulanya kerana manusia bukan kerana Allah sebab boleh jadi objek perubahan kita tu adalah medium yang Allah gunakan untuk gerakkan hati kita pada Dia. Macam Ummu Sulaim yang maharnya adalah islamnya Abu Thalhah. Selebihnya terserah pada kita lah. Sama ada nak teruskan ibadah atau kebaikan yang kita lakukan kerana Allah atau hanya semata-mata kerana manusia. Di sini pentingnya untuk kita betulkan niat kita kembali.”

“Sebab Allah akan tengok pengakhiran kita.” Khalis menyampuk. “Macam hadis yang ada cerita tentang seseorang yang beramal dengan amal ahli syurga tapi akhirnya dicampakkan ke dalam neraka dan seorang lagi yang beramal dengan amal ahli neraka tapi akhirnya dimasukkan ke dalam syurga.”

“Yup. Sebab diakhirnya role mereka ini bertukar. Kerana itu penting untuk kita sentiasa muhasabah diri dan betulkan balik niat kita. Supaya pengakhiran kita berakhir dengan benar. Bukan hanya separuh jalan je.”

Khalis senyum. “Bagus. Bagus. Aku pulak yang over risaukan kau. Hehe.”

Senyum jugak. “Takpe. Kita sama-sama saling ingat mengingatkan lah. Doakan supaya aku dapat konsisten. Kau pun tahu kan aku camne. Sekejap okay. Sekejap tak okay. Bipolar sangat.” Ketawa.

“Okay. InsyaAllah. Kau pun tegur la aku jugak. Aku pun nak masuk syurga dengan kau. Takkan kau nak masuk syurga dengan dia je kan.” Sengih keji.

Qayyum tumbuk bahu Khalis. “Kau ni… ada-ada je kan. Ye la. Ye la. Doakan la untuk aku dan dia.” Cuba ditahan muka daripada tersenyum lebar sangat.

Eleh… suka la tu. Khalis ketawa je tengok telatah Qayyum.


***

“Apa azam kau tahun baru ni?”

“Azam aku simple je. Nak naik tahun 5. Tak nak resit posting. Dan nak masuk meminang dia.”

Uish… over…


***

“Jika berjodoh, Tuhan sendiri yang akan memberikan jalan baiknya. Termasuk “kebetulan-kebetulan” yang menakjubkan.” - Tere Liye
 
©Suzanne Woolcott sw3740 Tema diseñado por: compartidisimo