Saturday, January 2, 2016

Kerana dia aku berubah tapi kerana DIA aku bertahan.



“Aku suka tengok kau dah berubah sekarang ni. Selalu pergi masjid. Aku boleh rasa aura kau tu dah lain.” Khalis senyum ada makna.

“Err… aura apakah?”

“Aura bahagia.” Ketawa.

“Err… anda okay kah?” Qayyum buat muka. Dia ni apa kejadahnya.

“Aku tahu kau berubah ni sebab dia. Tapi aku tak nak, andai bila dia tolak kau atau dia dah ada someone else, kau terus jatuh balik dalam gelap. Dah tak nak konsisten dengan ibadah semua ni.” Khalis bersungguh-sungguh nak sampaikan apa yang ada dalam hati. Takut terasa. Tapi demi kawan. Dia kena cakap jugak benda ni.

“Uish. Ekstrem.” Giliran Qayyum pula untuk ketawa kali ini.

“Kau ni dah kenapa? Aku cakap elok-elok ni.” Datar je suara Khalis. Sedikit jengkel.

Senyum. “Aku tahu. Thanks for the concern. Memang aku berubah sebab dia pun. Aku join program itu ini pun dengan harapan nak dapat jumpa dia.” Blush. “Gilakan. Chronic tak aku?” Ketawa. “Dan aku bersyukur untuk itu. Dan aku akan gembira andai aku boleh jadi asbab untuk tarik dia masuk syurga. Tapi aku sedar, kalau aku berubah sebab manusia, benda ni semua takkan kekal. Sebab tu aku tengah usaha untuk betulkan balik niat aku. Kerana dia aku berubah tapi biarlah kerana Dia aku bertahan.

Kau tahu kisah Muhajir Ummu Qais?”

Angguk. “Yang jadi sababul wudud, latar belakang untuk hadis arbain yang nombor satu kan. Tentang niat.”

“Yup. Tentang niat. Kita memperoleh sesuatu sesuai dengan niat kita. Andai niat kita kerana Allah, maka Allah lah yang kita dapat. Tapi andai niat kita kerana wanita, maka kita mungkin mendapatkan wanita itu tapi di mana pula letaknya redha Allah di situ. Macam sahabat Nabi yang ikut berhijrah ke Madinah untuk mengahwini Ummu Qais sehingga digelar Muhajir Ummu Qais.

Tapi bagi aku tak salah pun andai setiap perubahan yang kita buat mulanya kerana manusia bukan kerana Allah sebab boleh jadi objek perubahan kita tu adalah medium yang Allah gunakan untuk gerakkan hati kita pada Dia. Macam Ummu Sulaim yang maharnya adalah islamnya Abu Thalhah. Selebihnya terserah pada kita lah. Sama ada nak teruskan ibadah atau kebaikan yang kita lakukan kerana Allah atau hanya semata-mata kerana manusia. Di sini pentingnya untuk kita betulkan niat kita kembali.”

“Sebab Allah akan tengok pengakhiran kita.” Khalis menyampuk. “Macam hadis yang ada cerita tentang seseorang yang beramal dengan amal ahli syurga tapi akhirnya dicampakkan ke dalam neraka dan seorang lagi yang beramal dengan amal ahli neraka tapi akhirnya dimasukkan ke dalam syurga.”

“Yup. Sebab diakhirnya role mereka ini bertukar. Kerana itu penting untuk kita sentiasa muhasabah diri dan betulkan balik niat kita. Supaya pengakhiran kita berakhir dengan benar. Bukan hanya separuh jalan je.”

Khalis senyum. “Bagus. Bagus. Aku pulak yang over risaukan kau. Hehe.”

Senyum jugak. “Takpe. Kita sama-sama saling ingat mengingatkan lah. Doakan supaya aku dapat konsisten. Kau pun tahu kan aku camne. Sekejap okay. Sekejap tak okay. Bipolar sangat.” Ketawa.

“Okay. InsyaAllah. Kau pun tegur la aku jugak. Aku pun nak masuk syurga dengan kau. Takkan kau nak masuk syurga dengan dia je kan.” Sengih keji.

Qayyum tumbuk bahu Khalis. “Kau ni… ada-ada je kan. Ye la. Ye la. Doakan la untuk aku dan dia.” Cuba ditahan muka daripada tersenyum lebar sangat.

Eleh… suka la tu. Khalis ketawa je tengok telatah Qayyum.


***

“Apa azam kau tahun baru ni?”

“Azam aku simple je. Nak naik tahun 5. Tak nak resit posting. Dan nak masuk meminang dia.”

Uish… over…


***

“Jika berjodoh, Tuhan sendiri yang akan memberikan jalan baiknya. Termasuk “kebetulan-kebetulan” yang menakjubkan.” - Tere Liye

0 comments:

 
©Suzanne Woolcott sw3740 Tema diseñado por: compartidisimo