Monday, December 14, 2015

Cinta itu Kata Kerja



Ada carer (penjaga kepada pesakit) datang ke klinik psychiatry menemani sang suami untuk follow up for Panic Disorder. Dia memang tahu husband dia ada family history of bipolar disorder (mak suami) before marriage. Tapi itu tak affect dia punya decision untuk kahwin. Dan disebabkan itu dia boleh terima bila suami dia di diagnose ada Panic Disorder. She said, benda ini yang menguatkan lagi hubungan dia dengan suami.

Semoga perkahwinan kamu berdua sentiasa di dalam zilal cinta dan kasihNya.

Konklusi:

Masa sesi taaruf dengan bakal zauj/zaujah sila masukkan sekali soalan berkenaan status kesihatan keluarga. Untuk nak lihat possibility inherited diseases pada si bakal dan mungkin juga anak-anak kelak.

Tapi jangan jadikan ini sebagai asbab untuk tidak pula mahu berkahwin. Tapi jadikanlah ia sebagai preparation untuk kita husnuzon dan redha andai Allah takdirkan untuk uji our future keluarga dengan penyakit-penyakit sebegini.

“Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika dia berdoa kepada Tuhannya, “(Ya Tuhanku), sungguh, aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang.” Maka Kami kabulkan (doa)-nya, lalu kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan (Kami lipat gandakan jumlah mereka) sebagai suatu rahmat dari kami, dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah kami.” (Al-Anbiya, 21: 83-84)

Love is a verb.

“Chenta itu adalah kata kerja. kita kena berusaha untuk mendapatkannya. Chenta itu boleh jadi datang sendiri. Beruntunglah mereka yang jatuh chenta tanpa perlu berusaha.
Namun lebih beruntung mereka yang meraih chenta selepas penat dan puas berusaha. Kerana chenta ketika itu lebih lazat dan nikmat rasanya.” - Inche Gabbana

Dan aku ingin meraikan cintaNya bersama kamu.

***
Kerana cinta itu adalah kata kerja dan anda adalah kata kerja yang ingin aku usahakan.


0 comments:

 
©Suzanne Woolcott sw3740 Tema diseñado por: compartidisimo