Friday, December 11, 2015

The Scream

Malam ini sunyi sepi. Aku sendiri lagi. Tanpa kamu. Di luar kamar, daun-daun hijau menari ditiup angin. Dingin. Membawa bersama bau hujan.

Aku ingin mengenalmu lebih dari hanya sekadar nama.

Malam ini seperti malam-malam sebelumnya dia tak boleh tidur. Dia ada pilihan untuk ambil Zolpidem, ubat tidur yang doktor dah prescribe tapi dia tak nak. Takut dependent. Medication ni usually if dah start ambil memang kena continue. Dia pun baru je lepas ambil Fluvoxamine, antidepressant sejam yang lalu. Since he’s still sexy, free and single *eheh* dia tak nak la dah mula on drug cocktail.

Dia lihat lukisan di dinding. Lukisan ‘The Scream’. Imitasi murah karya asli oleh Edvard Munch, a Norwegian painter. Hasil tangan Khalis. Diberikan kepadanya sebagai hadiah.


“Kau tahu ini lukisan apa?” Khalis tanya, semasa mula-mula dia bagi lukisan ni. Masa tu mereka berdua dalam perjalanan pulang dari usainya usrah. Khalis minta berhenti sebentar di taman berdekatan dan dia lalu membuka beg dan mengeluarkan sketchbooknya.

Qayyum tengok dan mengerutkan dahinya. “Hhmm.. Macam pernah nampak. Tapi aku tak pasti.”

“Ini original lukisan ‘The Scream’ by Edvard Munch. Lukisan ni popular. Mesti kau pernah tengok kat internet. Aku cuba lukis balik tapi taklah secantik yang asli.” Dia senyum.

“Okay. Anda memang hebat.” Sungguh, dia bukan penggemar seni. Kalau diberi yang palsu sekalipun dia mesti tak boleh nak bezakan. Setakat tulis puisi-puisi marhaen yang tak keluar buku, dia boleh la. Tapi lukisan yang Khalis lukis ni seriously cantik, menarik, tertarik dan kau memang daboom. Ada sesuatu yang menyebabkan Qayyum tak boleh nak lepas pandang.

“Kau tahu kenapa dia dipanggil ‘The Scream’?”

Dia geleng kepala. Tak tahu. “Mungkin sebab orang tu tengah menjerit.” Sengih.

Khalis ketawa tak nampak gusi. Tipikal. Hanya menampakkan gigi yang tersusun rapi. Itu yang membuatkan orang mudah jatuh suka dengan Khalis. Manis. “Memang la. Tapi ada sebab lain kenapa nama dia macam tu.

Actually masa Edvard Munch tengah berjalan-jalan dengan dua orang kawan dia, masa tu matahari tengah nak terbenam, tiba-tiba dia undergo derealization, distortion of the surrounding. Dia nampak langit tu merah macam darah dan seolah-olah ada api dan darah menyelubungi bandar tu. He felt like the nature is screaming to him. Kau boleh follow tak apa aku cakap ni?”

“Macam boleh je.” Qayyum ketawa. Menampakkan lesung pipit di pipi kiri.

“Masa ni lah dia rasa dia overwhelming with anxiety. Unable to move. Trembling. Ada orang kata Munch might have agoraphobia, fear of open spaces. Dan ini yang jadi inspirasi untuk Munch hasilkan lukisan ni. Basically the picture is about anxiety. Some people even correlate this drawing with depression. The scream.

Bagi aku, ‘The Scream’ might even signify all the voices inside your head. Telling you all those obsessive thoughts. Yelling at you. Clouding your mind. Your neurons go haywire. Your body’s screaming. Stop! Stop! Stop! Then panic attack. Okay agak dramatik di situ.” Khalis ketawa je.

Qayyum dah suspect something, anxiety, depression… “Okay… So? Apakah yang anda cuba sampaikan di sini?” Qayyum angkat kening tanda soal.

“Nah. Hadiah untuk kau. Kau tengah follow up dengan Prof Mumtaz sebab depression kan?”

Terkejut. “Mana kau tahu?”

“Last week aku nampak kau pergi klinik psychiatry masuk bilik Prof. Dan since kau sekarang bukan posting psychiatry dan kau nampak murung je lately, so aku consider mesti la kau ada problem kalau sampai jumpa Prof Mumtaz.”

Senyap.

“Sorry kalau kau tak nak aku tahu. Aku janji aku tak bagi tahu orang lain.” Serba salah muka Khalis.

Qayyum tarik nafas dalam-dalam, dihembusnya perlahan-lahan. Dia tahu Khalis bukannya jenis yang suka bawak mulut. “Aku okay je. Thanks for the concern.” Qayyum senyum kecil.

“Aku tak tahu kau ada masalah apa. Dan aku tak paksa kau cerita kat aku. Tapi aku harap lukisan ni boleh jadi bukti kecil yang kau tak seorang. If you need anything or a shoulder to cry on. I’m here for you.”

Qayyum senyum lagi. Mata dah terasa panas. Dia pandang ke langit. Ada tangis yang cuba ditahan. “Terima kasih Khalis. But not now. InsyaAllah bila aku rasa aku dah makin stable. Aku bagitahu kau.”

Terasa bahu Qayyum dipegang lembut oleh Khalis. “It’s okay. Take your time.”

Qayyum dah mula sendu. Khalis peluk bahu Qayyum dan sambil senyum dia kata, “Jom balik.”



Qayyum mengeluh. Entah untuk keberapa kali pun dia tak pasti. Ada sesak yang cuba dihilangkan. Jam dah menunjukkan pukul 3 pagi. Mata masih tak mengantuk. Mata masih pada lukisan di dinding. Hujan dah mula turun di luar tingkap.

It’s raining. I’m thinking of you.

Dah sebulan dia macam ni. Stress dengan clinical year. Even dah almost setahun dekat HUKM ni, dia masih tak boleh nak sesuaikan diri dengan demands as a medical student. Dia tak boleh nak approach patient. Dia ada a little bit of avoidant trait. Takut rejection. Takut embarrassment. Afraid of making mistake.

hujan-hujan begini
buat aku hendak
menghabis waktu sendiri
memikirkan kamu.

Sampai sometimes dia almost nak kena panic attack. Palpitation, coughing, nausea, vomiting and tremor. And in the end, bila tak boleh nak clerk patient depan doktor dan kena marah terus dia fall into darkness. Depression.

“Is it the patient fault that you can’t clerk her?”
“No. It’s my fault.”

Dia tak kisah kena marah, dah biasa sangat masa dekat asrama dulu tapi dia rasa useless sangat, rasa stupid sebab tak boleh nak buat something as simple as that. Obsessive thoughts keep on coming.

“You’re just lazy.”
“You’re useless.”
“Benda simple pun kau tak boleh buat?’
“It’s all your fault.”
“You should just die.”

Aku dalam gelap.
Salah siapa aku tak nampak?

My moment of madness.

Ada orang kata jadi doktor ni senang. Just check patient lepas tu bagi medication. If only it was that simple takde la doktor yang akan kena saman dengan patient. Malpractice. Takde la doktor yang sampai kena follow up dekat psychiatric clinic untuk depression or panic attack dan even yang ada suicidal attempt. When ignorant people keep on talking.

Being a medical student. No matter how much you study, there will always be things that you didn’t know that you are expected to know by your doctor. You will still get angry at by doctors. You will still get rejected by patients. You will still make mistake.

Mistake is human they say. But the moment that you make mistake as a doctor, you might end up costing someone else life. You might get sued. You might lose your qualification as a doctor. And even if they say it's okay to make mistake, they still expected you to do everything perfectly. Well, not exactly perfect but still good enough not to make mistake.

No matter how much you study, you will never be good enough.

You never know how it feels until you’re at their place. Don’t judge.

Qayyum capai handset Alcatel One Touch Idol X dekat atas meja. Scroll Facebook. Tak tahu nak buat apa.

I’m trying to sleep but my mind is hyperreactive.

Tiba-tiba matanya terhenti pada satu status seorang teman.

Maka dia (Yakub) menjawab, “Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku...” (Yusuf, 12: 86)

Rasa syahdu. Terngiang-ngiang kata Khalis di telinga.

“Kau tak seorang.”

Betul. Allah kan ada.

Langsung dia bangun dari katil dan ambil wuduk. Lepas tu diambilnya al-Quran atas rak. Al-Quran zip warna biru gelap yang dah almost 6 tahun dia gunakan. Dah hampir nak koyak pun. Bismillah dibaca dan dia buka Al-Quran secara rawak.

Surah yang ke 64, At-Tagabun.

“Bismillah…” Dibacanya dari awal sampai habis surah At-Tagabun dan diikuti pula dengan bacaan tafsir. Hatinya tersentak pada ayat yang ke 11,

“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah, dan barang siapa beriman kepada Allah, niscaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.”

Allah tahu. Allah tahu semua. Rasa nak nangis.

Dan ayat yang ke 17,
“Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya Dia melipatgandakan (balasan) untukmu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Penyantun.”

Pecah. Air mata dah tak mampu nak ditahan. Ya Allah….

Usai tilawah, dia terus berdoa pada Tuhan dengan hati yang hiba. Hati yang penuh pengharapan. Berdoa semoga dipermudahkan urusan hidupnya yang satu ini. Doa pemuda ashabul kahfi.

"Ya Tuhan Kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami."

Mata terasa berat. Almost like magic. Mengantuk. Langsung Qayyum terus baring atas katil dan dalam keadaan dia hampir tertidur itu dia teringat akan satu tulisan yang Edvard Munch sertakan bersama salah satu versi The Scream.

Can only have been painted by a madman.'

Malam itu tidurnya indah sehingga ke azan Subuh. Seindah arnab-arnab gemuk berlari riang bebas di taman daffodil sambil ditiup lembut angin sepoi-sepoi bahasa.



aku harap
hujan yang turun ini
akan mendakapmu erat
menjadi satu
dengan hangat tubuhmu
dan mendamaikan kamu
dalam lena yang panjang
sebelum aku tiba
mengucup keningmu
membangunkanmu.
nantikan aku sayang
pada hari yang telah
dijanjikan itu.

0 comments:

 
©Suzanne Woolcott sw3740 Tema diseñado por: compartidisimo